Dah mula terasa kehangatannya menjadi seorang pelajar bidang perubatan. Masih teringat lagi di awal permulaan tahun pertama sekitar 2008. Waktu tu azam kuat sikit. Katanya nak menjadi seorang doktor yang berwibawa menyembuh segala penyakit yang ada. Tak pernah putus semangat menelaah pelajaran setiap hari.
Naik tahun 2, semangat sedikit luntur tapi masih dalam momentum yg stabil lagi. Naik tahun 3, era dugaan datang tiba. Jatuh sakit dan ketinggalan satu semester. Menorrhagia. Pulang ke tanah air. Dan redha dgn ketentuan Tuhan dimana aku perlu reseat ujian seluruh tahun 3. Alhamdulillah aku lulus. Naik tahun 4 buat lek je. Tak rasa nak selamatkan nyawa orang lagi dah dan mula terfikir, aku ni betul ke nak jadi doktor? Yang pasti aku nak lulus exam, dapat ijazah dan kerja.
Naik tahun 5, aku mula kenal dengan Bawang. Dan dia banyak menyedarkan kembali apa tujuan utama aku berada dalan bidang ini. Aku terkesima betapa lamanya aku melopong tanpa hala. Aku cemburu melihat betapa Bawang bertanggungjawab dgn setiap tugasan universiti. Aku? Aku leka. Aku jadikan dia sebagai contoh dan mula bina kembali momentum lama yang ditinggalkan. Dan sekarang aku sibuk menelaah pelajaran dan mempersiapkan diri menjadi Doktor yang terbaik untuk semua. Insha Allah. Semoga dipermudahkan Nya.
Alhamdulillah aku bersyukur ke hadrat Ilahi betapa Allah sayangkan aku. Dia ajar aku erti kesusahan repeat ujian. Dia beri aku peringatan dgn menghadirkan seorang insan. Dia senantiasa memberi aku petunjuk bahawa tiap kesabaran yg aku tanam pasti akan membuahkan satu keindahan. Terima kasih Allah.
Bawang, dengar sini. Jangan lupa akan impak awak beri dalam menyedarkan kembali kenapa saya berada dalam bidang ini. Dan saya nak kembalikan semula kata-kata yang pernah awak selalu sampaikan, Allah takkan ujian benda yang kita tak mampu tanggung, dan disebalik setiap kesukaran yang kita lalui, Allah menjanjikan kemanisan diakhirnya. Sabar sikit tau, Insha Allah. Get well soon! :')
(Birthday gift kita 2 May aritu :)
Masyarakat : Maaf sibuk sangat bulan ni. Sibuk 10000000x :(